Ahad, April 18

Takziah

Salam takziah aku kepada arwah Achik Spin.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Sebagai seorang islam, bersama-sama la kita membaca Al-Fatihah dan disedekahkan la kepada arwah.Di setiap apa yang berlaku, ada hikmah dan dugaan yang harus kita tempuh dan kepada keluarga arwah diharap bersabar dan teruskkan kehidupan.Kejadian seperi ini mengingatkan aku serta menyedarkan aku, sejauh mana, sebagus mana kita, kita asal tanah dan akan kembali ke tanah jua.Hanya kain kapan yang akan kita bawa dan amalan dan sikap kita di atas dunia ni sahaja.Kau,aku dan mereka semua sama sahaja, tinggal di dalam bumi yang sama, bernafas dalam satu atmosfera yang sama, seharusnya kita merasa rendah diri dan berharap serta berdoa agar tidak hari-hari kita di baluti dengan dosa.Aku akan rasa bangga pada artis kita yang bijak mengatur hidup dan mengimbangi antara dunia dan akhirat.Artis seperti ini la akan menjadi contoh dan role model untuk anak-anak muda seperti aku. Masa tak mengizinkan aku, aku pergi dulu beb.Lepas ni aku update ag.

Jumaat, April 16

Gibson Les Paul Studio Electric Guitar, Ebony GoldGibson Les Paul Studio Electric Guitar, Worn Brown SatinGibson Les Paul Traditional Electric Guitar, EbonyGibson Les Paul Custom Electric Guitar, Alpine White
Fender Starcaster 15-watt Electric Guitar AmplifierFender Mini '57 Twin-AmpFender Mini Deluxe Amp
Boss DD-7 Digital Delay PedalBoss DD-3 Digital Delay PedalBoss RV5 Digital ReverbBOSS RE-20 Roland Space Echo Twin Pedal

Flowers In the Barrel

Review band aku pada hari ni adalah Flowers In The Barrel.Band ni dari Johor Bahru tapi agak aktif di kawasan Larkin. Kalau selalu kita dengar kebanyakkan band muncul dari Skudai tapi berlainan ngan band ini yang memilih lokasi yang kurang padat. Band ni diwakili oleh 5orang anak muda, iaitu Farissan (Vox), An (Guitar), Topek (Guitar), Moon (Bass) dan Aidil (Drum). Konsep pop rock n roll mereka boleh didengari melalui lagu "Happy Sad Song" dan pasti korang tak kan menyangkal pendapat aku ni selepas mendengar lagu itu sendiri.
Band ini ditubuhkan pada 2005 dan permulaan band ini bermula dengan menyertai kompetisi Recharge Jem dan berjaya menjadi antara 10 band terbaik  dalam saingan itu. Permulaan yang baik bagi mereka untuk memperkenalkan diri. Band ini juga belum mempunyai album hanya beberapa single yang di muatkan di dalam myspace mereka. Mereka mempunyai lagu dan pengubahan yang baik tapi sedikit kritikan yang ingin aku berikan adalah output mereka agak mengecewakan tetapi lagu itu masih bolehh didengari dan dihayati. Mungkin korang boleh check out lagu mereka di laman myspace di www.myspace.com/deflowering

Rabu, April 14