Ahad, April 18

Takziah

Salam takziah aku kepada arwah Achik Spin.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Sebagai seorang islam, bersama-sama la kita membaca Al-Fatihah dan disedekahkan la kepada arwah.Di setiap apa yang berlaku, ada hikmah dan dugaan yang harus kita tempuh dan kepada keluarga arwah diharap bersabar dan teruskkan kehidupan.Kejadian seperi ini mengingatkan aku serta menyedarkan aku, sejauh mana, sebagus mana kita, kita asal tanah dan akan kembali ke tanah jua.Hanya kain kapan yang akan kita bawa dan amalan dan sikap kita di atas dunia ni sahaja.Kau,aku dan mereka semua sama sahaja, tinggal di dalam bumi yang sama, bernafas dalam satu atmosfera yang sama, seharusnya kita merasa rendah diri dan berharap serta berdoa agar tidak hari-hari kita di baluti dengan dosa.Aku akan rasa bangga pada artis kita yang bijak mengatur hidup dan mengimbangi antara dunia dan akhirat.Artis seperti ini la akan menjadi contoh dan role model untuk anak-anak muda seperti aku. Masa tak mengizinkan aku, aku pergi dulu beb.Lepas ni aku update ag.

Jumaat, April 16

Gibson Les Paul Studio Electric Guitar, Ebony GoldGibson Les Paul Studio Electric Guitar, Worn Brown SatinGibson Les Paul Traditional Electric Guitar, EbonyGibson Les Paul Custom Electric Guitar, Alpine White
Fender Starcaster 15-watt Electric Guitar AmplifierFender Mini '57 Twin-AmpFender Mini Deluxe Amp
Boss DD-7 Digital Delay PedalBoss DD-3 Digital Delay PedalBoss RV5 Digital ReverbBOSS RE-20 Roland Space Echo Twin Pedal

Flowers In the Barrel

Review band aku pada hari ni adalah Flowers In The Barrel.Band ni dari Johor Bahru tapi agak aktif di kawasan Larkin. Kalau selalu kita dengar kebanyakkan band muncul dari Skudai tapi berlainan ngan band ini yang memilih lokasi yang kurang padat. Band ni diwakili oleh 5orang anak muda, iaitu Farissan (Vox), An (Guitar), Topek (Guitar), Moon (Bass) dan Aidil (Drum). Konsep pop rock n roll mereka boleh didengari melalui lagu "Happy Sad Song" dan pasti korang tak kan menyangkal pendapat aku ni selepas mendengar lagu itu sendiri.
Band ini ditubuhkan pada 2005 dan permulaan band ini bermula dengan menyertai kompetisi Recharge Jem dan berjaya menjadi antara 10 band terbaik  dalam saingan itu. Permulaan yang baik bagi mereka untuk memperkenalkan diri. Band ini juga belum mempunyai album hanya beberapa single yang di muatkan di dalam myspace mereka. Mereka mempunyai lagu dan pengubahan yang baik tapi sedikit kritikan yang ingin aku berikan adalah output mereka agak mengecewakan tetapi lagu itu masih bolehh didengari dan dihayati. Mungkin korang boleh check out lagu mereka di laman myspace di www.myspace.com/deflowering

Rabu, April 14

Gig

Gitar

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco, rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam pada budaya popular.

Musik Dunia


Salam dunia.......selamat datang la pada mereka yang sudi singgah kat blog aku ni. Aku kat sini cuba nak berkongsi pendapat pada mereka yang nak share la especially pada budak2 band yang ada kat luar sana. Topik kita senang je....."kemana sebenarnya hala tuju musik kita sekarang".
Kalau kita renung2 kan mengikut otak kita yang sedar...musik malaysia sebenarnya telah di kongkong oleh musik daripada indonesia. Kita tak perlu libatkan musik dari barat kerana berlainan bahasa. Tak sedar agaknya diri kita ni, yang musik malaysia agak sukar diterima di sana walhal kita ada band, lagu dan pengubahan yang baik. Mengapa???Banyak persepsi yang kita kena kaji...
Kadang2 aku rasa cam nak salahkan media massa especially radio yang selau putarkan musik indonesia tapi bila difikirkan balik diorang tu buat bisnes dan kejar rating of course la diorang nak yg terbaik.
Apa yang aku nak isukan kat sini, trend sekarang adalah kuatiti bukan kualiti.Cepat jadi artis semata2 nak glamer tapi musik ntah kemana. Ada gak band yang dalam rekod set memang best giler tapi bila kena live in action out.Suara ke laut, musik terus hanyut.
Kalau era2 rock kapak, kita bley gak tabik dada sebab ada gak band Malaysia ke sana cam exist ngan search.Pekara ni memperlihatkan betapa hebat kita masa tu. Tapi selepasnya...korang sendiri tau...tahun 1996, byk band boy muncul ngan lagu tangkap leleh, mcm cendawan tubuh.Masa tu mana2 band yang ada rupa terus tangkap muat buat jadi artis.Suara sengau pun bley dapat. Hasilnya tenggelam dunia musik kita. Dalam masa tu, band2 dari Indon plak berebut2 mencipta dan mengubah dunia musik mereka hingga akhirnya mereka terlepas dari kepompong mereka. Waktu tu seingat aku, lagu Dan dari Sheila On 7 meletup2 sampai setiap student kat Malaysia bersiul2 sambil menyayi lagu tu. Kita nak salahkan siapa???

Lovely Carnations


Ini adalah pilihan pertama band aku.Lovely Carnations adalah band yang berasal dari Skudai.Ahli-ahli band ni terdiri daripada Shair (vox), Pendi (guitar), Usop (guitar),Katin (bass) dan Ikhwan (drum). Kalau nak diikutkan band ni memang dah lama beb.Dah hampir 10 tahun.Mestila aku tahu sebab, kebanyakkan ahli band ni adalah rakan-rakan aku sendiri. Band ni mengharapkan sesuatu yang secara sedarnya memang harapan tu agak sukar nak di kecapi tetapi tiada sebab kita tak patut mencuba. Semuan band yang ada kat luar sana pun mengharapkan sesuatu.
Lovely Carnatios ada sedikit bunyi ke arah pop dari Amerika atau lebih spesifik mungkin Bandar Seattle terutama pada bunyian guitar.Ok la, daripada ada sesetengah band negara kita yang ketagih nak mengikut musik ala-ala indon.Memang la tak dinafikan kedudukan musik mereka di negara kita agak kukuh. Tapi korang yang kat luar sana mungkin tahu siapa dan apa penyebabnya.
Lovely Carnations belum ada apa-apa album tetapi mereka ada beberapa lagu yang aku rasa memang ada kualiti dan pengubahannya agak baik.Contoh macam lagu "Blind Love", "Sun Set" dan "Dream for You".Mungkin ada diantara korang yang belum mendengar tapi tak pe, aku akan usahakan supaya aku dapat keizinan untuk load lagu mereka dalam blog aku.Tapi untuk sementara korang boleh la semak diaorang ni lat myspace diorang www.myspace.com/Lovelycarnations