Rabu, April 14

Lovely Carnations


Ini adalah pilihan pertama band aku.Lovely Carnations adalah band yang berasal dari Skudai.Ahli-ahli band ni terdiri daripada Shair (vox), Pendi (guitar), Usop (guitar),Katin (bass) dan Ikhwan (drum). Kalau nak diikutkan band ni memang dah lama beb.Dah hampir 10 tahun.Mestila aku tahu sebab, kebanyakkan ahli band ni adalah rakan-rakan aku sendiri. Band ni mengharapkan sesuatu yang secara sedarnya memang harapan tu agak sukar nak di kecapi tetapi tiada sebab kita tak patut mencuba. Semuan band yang ada kat luar sana pun mengharapkan sesuatu.
Lovely Carnatios ada sedikit bunyi ke arah pop dari Amerika atau lebih spesifik mungkin Bandar Seattle terutama pada bunyian guitar.Ok la, daripada ada sesetengah band negara kita yang ketagih nak mengikut musik ala-ala indon.Memang la tak dinafikan kedudukan musik mereka di negara kita agak kukuh. Tapi korang yang kat luar sana mungkin tahu siapa dan apa penyebabnya.
Lovely Carnations belum ada apa-apa album tetapi mereka ada beberapa lagu yang aku rasa memang ada kualiti dan pengubahannya agak baik.Contoh macam lagu "Blind Love", "Sun Set" dan "Dream for You".Mungkin ada diantara korang yang belum mendengar tapi tak pe, aku akan usahakan supaya aku dapat keizinan untuk load lagu mereka dalam blog aku.Tapi untuk sementara korang boleh la semak diaorang ni lat myspace diorang www.myspace.com/Lovelycarnations

Tiada ulasan:

Catat Ulasan