Jumaat, April 16

Flowers In the Barrel

Review band aku pada hari ni adalah Flowers In The Barrel.Band ni dari Johor Bahru tapi agak aktif di kawasan Larkin. Kalau selalu kita dengar kebanyakkan band muncul dari Skudai tapi berlainan ngan band ini yang memilih lokasi yang kurang padat. Band ni diwakili oleh 5orang anak muda, iaitu Farissan (Vox), An (Guitar), Topek (Guitar), Moon (Bass) dan Aidil (Drum). Konsep pop rock n roll mereka boleh didengari melalui lagu "Happy Sad Song" dan pasti korang tak kan menyangkal pendapat aku ni selepas mendengar lagu itu sendiri.
Band ini ditubuhkan pada 2005 dan permulaan band ini bermula dengan menyertai kompetisi Recharge Jem dan berjaya menjadi antara 10 band terbaik  dalam saingan itu. Permulaan yang baik bagi mereka untuk memperkenalkan diri. Band ini juga belum mempunyai album hanya beberapa single yang di muatkan di dalam myspace mereka. Mereka mempunyai lagu dan pengubahan yang baik tapi sedikit kritikan yang ingin aku berikan adalah output mereka agak mengecewakan tetapi lagu itu masih bolehh didengari dan dihayati. Mungkin korang boleh check out lagu mereka di laman myspace di www.myspace.com/deflowering

Tiada ulasan:

Catat Ulasan